Thursday, June 24, 2010

Hatiku berbicara Madah bercerita


Kehidupan sehari-hari membuatku terbayang satu cahaya
Membawa sinar di pagi dan petang
Tanpa henti hingga diriku sungguh bererti..
Aku tidak layak berada di sisi Mu Rabbi
Jika hatiku ini jauh dariMu,tidak lansung berada dalam ingatan..
Aku memandang ke hadapan,memikirkan bahawa
Hidup ini amat singkat,jika dibandingkan
Dengan nikmat yang diberikan..
Tidak cukup masa yang ada untuk kita menyerahkan segala ibadah..
Kerana Dia Illah yang memiliki Arasy yang indah..
Tiada yang standing dengaNya..
Sedikitpun malah kurang lebih..
Aku hidup dibawah pancaran cahaya yang menerangi..
Satu jalan-jalan kehidupan..
Merenung apa sebenarnya rahsianya tuhan..
Namun aku mengerti segala apa yang tuhan lakukan..
Aku tidak akan mengerti..
Aku hanya patut mensyukuri..dan menikmati..
Alangkah indahnya hidup ini..
Jika dapat berbakti...kepada Mu ya Rabbi..
Tanpa ada selangkah pun rasa leka..
Aku ingin mengikut Rasulullah,para sahabat,salaf-assalih,dan para wali..
Mereka memiliki iman yang amat tinggi..
Namun hakikat hamba yang tiada erti ini..
Tiada yang dapat lari dari alpa duniawi...
Sentiasa tersungkur di tepian dunia hakiki..
Aku memandang langit dan bumi..
Segalanya tiada yang cacat celanya..
Segalanya indah...
Aku mengetahui segalanya kerja tuhan..
Namun apakah kerjaku ini,HambaNya?
Selalulah bersyukur,beribadah dan sentiasa merasa syu’ur
Atas segala nikmat yang diberikan..
Tiada nikmat yang tidak dapat kuungkapkan rasa kurang..
Namun hakikatnya segalanya memberikan aku ruang...
Untuk menembus segala anjakan duniawi..
Menerobos lonjakan saujana..
Tanpa beralih ke belakang..
Aku tidak juga hilang..
Namun terus memandang...
Apa yang akan datang...
Adakah segalanya akan ku capai...
Atau hanya impian yang longlai..
Aku tidak begitu mengharap..
Akan segala yang ada pada diriku..
Kerana aku sudah tahu
Tuhanku sebagai penentu..!!

No comments:

Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz

Listen to Quran

CIRI WANITA SOLEHAH

“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”

Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.

“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”

Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.

“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”

Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.

“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”