Friday, June 25, 2010

Indahnya Hidup Beramal Soleh




PROGRAM JOGING BERSAMA AHLI KKTC DAN AMAL JAMAI’E
Hari yang penuh dengan rahmat dan inayah dari Allah,aku tidak lupa bertasbih mensucikanNya dimana aku berada di dalam nikmat IMAN dan ISLAM.Aku melalui segala juang liku kehidupan dengan tabah dan sabar,namun hakikat ujian itu adalah rahmat.Oleh kerana itu,ia lebih mendekatkan diri kita kepadaNya.Namun apa yang kita lupa adalah bersyukur atas nikmatNya.Beryukurlah,nescaya akan aku tambahkan nikmat dariku,Firman Allah.
Hari yang penuh tenang memenuhi kesunyian pagi,aku dikejutkan untuk bersama-sama beramal pada hari yang MULIA ini,hari jumaat.Aku betulkan niatku hanya kerana Allah.Oleh kerana masaku ini terhad untuk melakukan kerja,aku tetap meluangkan masa untuk bersama sahabatku.Aku terus ke Taman Tengku Anis untuk berjoging.Aku hanya mendapat 2 pusingan ½ berjoging.Alhamdulillah,aku bersyukur Allah beri ku kekuatan untuk aku beriadah hari ini.Aku meneruskan agenda program dengan,makan bersama-sama,Aku,Suhaib,Saifuddin dan Abang Ruqaimi Rabbani bersama-sama untuk menikmati juadah yang ada.Dimulai dengan Bismillah,aku makan dan apabila habis,aku tidak lupa dari mensyukuri nikmatnya.

Kami meneruskan program dengan ‘istakmil wa istikmal’ iaitu dimulai dengan Suhaib member sedikit tazkirah.Banyak yang aku dapat dari apa yang dikatakan,bahawa nikmat Allah ini di sediakan Allah,bukan perkara sia-sia,namun hakikat manusia perlulah mentadabbur dan mensyukuri dalam masa yang sama menikmati nikmat Allah ini.
Seterusnya,aku meneruskan tazkirah,dengan ucapan kesyukuran padaNya,kerana member aku peluang untuk bersama-sama mendidik dan terdidik dari apa yang aku katakana,dan akan ku lakukan.Aku berkata,bahawa hati akan menjadi tenang jika merenung nikmatnya Tuhan,tanpanya kita akan kehausan iman.Aku melihat bahawa,masyarakat sekarang,mudah longlai dengan dugaan dan cabaran dunia,oleh kerana iman yang tipis.Oleh yang demikian,aku mengajak dan ingin supaya diri ini tetap teguh mengingati dan mensyukuri segala yang diberikan olehNya.
Tiada guna harta dan anak pinak,pada hari akhirat kelak,kecuali hati yang sejahtera.Aku bersedia untuk melapangkan hati ini untuk bersama denganNya,tidak kira waktu dan masa.KeranaNya aku hidup dan aku mati,tiada guna amal ibadah jika tidak diterima olehNya.Abang Ruqaimi mengingatkan bahawa kukuhkan barisan Kos penulisan(DCOM) supaya dapat member manfaat kepada masyarakat.Tanpa pengorbanan dari sekarang,kita tidak berdaya mencapai cita-cita.Wasallam.

No comments:

Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz

Listen to Quran

CIRI WANITA SOLEHAH

“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”

Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.

“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”

Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.

“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”

Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.

“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”