Thursday, June 24, 2010
Doa zulaikha
Assalamualaikum w.b.t.
Salam ukhwah buat semua ahli group “bercinta itu boleh, tp couple tu haram sama sekali”. Apa khabar jasmani dan rohani kalian? Semoga sihat sejahtera dari hari ke hari..
Saya terpanggil untuk berkongsi doa yang mungkin sudah diketahui ramai, tapi sekadar berkongsi dan menjadi peringatan buat diri sendiri dan sahabat sekalian. Doa yang sering dibacakan oleh Zulaikha dalam kisah Nabi Yusuf as..
Doa mencari jodoh yang soleh dan solehah..
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang ,
Yang melabuhkan, cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar,
Tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya
Terpaut padaMu.
Ya Allah jika aku merindui kekasihmu,
Janganlah biarkan aku melampaui
Batas hingga melupakan aku pada
Cinta hakiki dan rindu abadi
Hanya kepadaMu.
Semoga cinta dan rindu kita hanyalah kepada Allah s.w.t.. insyaAllah..
Wallahua’lam..
Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz
My Prophet S.A.W
CIRI WANITA SOLEHAH
“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”
Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.
“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”
Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.
“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”
Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.
“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”

No comments:
Post a Comment