Saturday, August 10, 2013

PERTUNANGAN ADALAH PROSES MENGENAL PASANGAN



 

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


IKATAN PERTUNANGAN BIARLAH MENJADI RAHSIA...

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:


“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)




Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

Pertunangan tu memangg dituntut dalam Islam, kerana ianya merupakan proses untuk mengenali hati budi masing-masing..

PERTUNANGAN YANG MENGIKUT SYARIAT
Assalammualaikum…..
Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan,utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang
peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendakn meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan. Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga. Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam. Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaanberakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya,berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai
harta.
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya
dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah
memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”
Rasulullah saw bersabda lagi:
“Jika datang kepada kamu pinangan daripada
seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya
agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima.
Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah
dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu. Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat
anaknya itu. Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak
berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua.

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari
Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri
dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh
mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya
adalah syaitan”
Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:
“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri
dengan perempuan yang tidak halal baginya,
kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan,
kecuali kalau ada muhramnya.”




SOAL JAWAB TENTANG PERTUNANGAN


1. Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan pertunangan?
Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.

2. Bagaimanakah pertunangan ini dijalankan?
Pertunangan ini biasanya dijalankan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.

3. Bolehkah perjanjian pertunangan ini dibuat secara lisan atau bertulis?
Perjanjian pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak-hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.

4. Apakah syarat-syarat asas untuk pertunangan?
Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:
i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Apakah halangan-halangan untuk berkahwin?
Halangan untuk berkahwin ialah hubungan muhrim di antara lelaki dan perempuan yang disebabkan oleh keturunan, perkahwinan atau sepersusuan.

6. Apakah perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui dalam pertunangan?
Perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui adalah seperti:
i) Tempoh pertunangan.
ii) Jumlah mas kahwin.
iii) Jumlah hantaran perkahwinan.
iv) Belanja perkahwinan.
v) Cara atau bentuk pembayaran mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
vi) Tempat perkahwinan akan diadakan.
vii) Tuntutan gantirugi dan atau remedi-remedi yang boleh dituntut jika berlaku kemungkiran pertunangan.

7. Sekiranya pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan, bolehkah pihak perempuan mengambil tindakanundang-undang?
Ya, pihak perempuan boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan.

8. Apakah undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan?
Undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan ialah peruntukan Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

No comments:

Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz

Listen to Quran

CIRI WANITA SOLEHAH

“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”

Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.

“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”

Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.

“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”

Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.

“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”