Thursday, August 1, 2013

IMAM TARAWIH 1434



Pada tahun 2010 sehingga 2012 saya menjadi imam tarawih di Surau Pengkalan Chepa, Kelantan.Setelah saya menghabiskan pelajaran dalam diploma komunikasi di sana,saya terus bekerja di Shah Alam.Pada Julai Allah izin saya bekerja,bantu Mak Uda dan Mak Ngah saya menjaga Tadika dan Taska di Tangkak.Jadi,saya menyambut Ramadhan di sana.Malam 22 dan 23 Ramadhan saya menjadi imam di Surau Kg Solok,oleh kerana Makngah saya suruh jadi imam isyak.Setelah hbis solat,imam,ketua kampung suruh saya teruskan dengan 10 rakaat tarawih,dan 10 rakaat lagi imam surau tersebut.
Saya ambil 10 akhir dan teruskan dengan 3 rakaat witir dan doa Qunut.Melihatkan ramainya pakcik2 yang tua 50-70 tahun,saya memendekkan bacaan dari separuh muka surat Al-Quran ke 5-7 ayat.
Surah yang dibaca :
Surah Al-An'am (1-5)
Surah Thoha (1-10)
Surah Kahfi (1-20)
Surah Thoha (123-127)
Surah Al-Furqan (60-65)
Surah Al-mukminun (1-12)
Surah Al-Hasyr (17-24)
Surah Maryam (1-30)
Surah Nuh (1-28)

Hari ini saya akan gerak ke Melaka sebelum menunggu hari sabtu,25 Ramadhan saya mengimarahkan Masjid Negeri Shah Alam,untuk temui Malam LailatulQadar insyAllah disana.Saya bersama Pak uda dan Mak uda akan iktikaf dan tidur di Masjid tersebut,dengar ada buat Sahur Jamaie Perdana.InsyAllah,jika Allah izin nafas saya masih lagi ada,saya akan ke sana.

No comments:

Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz

Listen to Quran

CIRI WANITA SOLEHAH

“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”

Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.

“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”

Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.

“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”

Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.

“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”