Wednesday, July 31, 2013

GUNAKANLAH KEKUATAN DOA UNTUK MEREKA SAUDARA KITA DI MESIR DAN SYRIA




Anak kecil ini terpaksa meminum air di jalanan Halab kerana rejim Basyar Laknatullah telah menyekat bekalan air dan juga elektrik di wilayah yang dikuasai oleh mujahidin.

Dilaporkan, Basyar juga telah mengarahkan tenteranya menyekat bekalan air, elektrik dan membakar tanaman masharakat awam di kawasan yang menyokong mujahidin.

Tambahan pula, Syria telah memasuki musim panas yang sangat memerlukan bekalan-bekalan tersebut. Doakan mereka sahabat2, mereka saudara seIslam kita.


" Ya Allah,ampunkan dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami,dan sekalian kaum muslimin,Ya Allah,redhalah aku sebagai penghuni syurgaMu,Jauhkanlah aku dari nerakaMu,Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,Engkau sukakan keampunan,Maka ampunkanlah aku,Ya Allah,selamatkanlah kaum muslimin di muka bumi ini,khas buat mereka di Syria,Mesir,Palestin,Burma,Malaysia dan sekalian tempat mereka yang beriman kepadaMu dari timur dan barat,Allahumma astajiblakum,Istajibillahumma dua ana,Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi S.a.w dan para sahabat sekalian,Ya Rabb yang Maha Agung,Yang Maha Mulia,Yang Maha Mengetahui,tempatkanlah kami dalam kalangan orang beriman dan mereka yang Engkau Redhai,Walhamdulillahi Rabbil Alamin"

No comments:

Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz

Listen to Quran

CIRI WANITA SOLEHAH

“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”

Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.

“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”

Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.

“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”

Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.

“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”