Thursday, May 17, 2012

PRAKTIKAL DIPLOMA KOMUNIKASI KTD

Assalamualaikum Wbt,
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Swt kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita hidup dalam dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam,alhamdulillah.Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah Saw yang berjuang bersama para sahabat dalam menegakkan syariat islam sehingga kita menerima islam sampai ke hari ini.

Pertamanya,saya mengucapkan syabas dan semoga berjaya kepada semua pelajar Diploma Komunikasi yang akan menghabiskan pelajaran di Semester 5 Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) sebelum membuat praktikal di tempat pilihan masing-masing.Saya mengesyorkan agar para pelajar semua menimba pengalaman di Karangkraf,Telaga biru dan mana penerbitan buku yang berada di Malaysia.Kamu semua akan mendapat pengalaman bagaimana untuk mereka buku,bermula dari awal sehinggalah akhir proses buku disampaikan kepada pembaca.Jika kamu sudah dikenali di syarikat penerbitan,perjalanan untuk terus bersama dengan syarikat tersebut sudah tidak asing lagi.Kamu semua boleh menghasilkan buku dan dihantar ke syarikat untuk disemak dan diterbitkan,ianya lebih mudah.

Jika kamu tidak berminat dengan penghasilan buku,kamu boleh dapatkan pengalaman di Syarikat swasta bagi yang ingin bergelar wartawan.Oleh itu,saya syorkan tempat yang tepat untuk dipilih ialah Tv Alhijrah dan Astro Oasis.Kamu semua mestilah rajin,dan cepat untuk bekerja mencari berita yang segar.Kamu perlu menghantar berita tepat pada deadline yang ditetapkan.

Saya juga ingin mencari pengalaman sebegitu,dan sekarang sedang mencari dimana tempat yang paling sesuai,dekat dan mudah untuk pergi.Kita sama-sama mencari yang terbaik untuk masa hadapan kita,saya tidak memaksa untuk semua orang memilih apa yang saya katakan,tetapi pilih apa yang kamu mahukan.Mungkin ada yang mahu memulakan perniagaan sendiri.Apa yang penting,untuk memulakan perniagaa,kamu perlu mempunyai tapak,barang yang hendak diniagakan,lokasi yang strategik dan promosi yang berterusan.Selain itu,ada yang ingin menjadi tukang masak,bekerja dengan kerajaan dan sebagainya,kerja yang sesuai ialah PR,perlu mempunyai kredibiliti yang menarik sebagai seorang PR.

Apa yang penting ialah niat yang ikhlas kerana Allah,disampaing mempunyai tanggungjawab dalam kerjaya.Saya doakan kita semua berjaya,sekarang dan masa hadapan kelak.Jika kamu mahu baik,duduk bersama orang-orang yang baik,jika kamu mahu pandai,jangan duduk dengan orang yang malas belajar,jika kamu kaya,duduk bersama orang yang kaya,yang penting akhlak yang baik kamu tonjolkan.

P/s : Nurul Iman Zainal Abidin,Norhayati bte Tukiran,Syuhada Safurah,Fatin Nurfauzana,Nurlyana,Zulaihah Mohd Dan,Nurul Amirah,Hartini Ismail,Nurul Nasyawarah (K.Sya)



Salam dari Mohd Zul Ikram Amry Bin Ghazali
201005DCOM003
Kolej Teknologi Darulnaim
2010-2012

No comments:

Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz

Listen to Quran

CIRI WANITA SOLEHAH

“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”

Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.

“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”

Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.

“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”

Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.

“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”