Tuesday, July 6, 2010

Akidah Islam Pautan Seoarang Mukmin


Akidah adalah yang sesuatu penting yang mesti dipelajari bersesuaian dengan tajuk buku ini. Selain itu, Akidah juga merupakan perkara yang penting yang mesti dikuasai oleh setiap Muslim yang mengucap 2 kalimah Syahadah. Kembali kepada sejarah zaman penyebaran Islam pada zaman Rasulullah SAW itu sendiri, langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah dengan membetulkan Akidah dalam setiap diri orang Islam.Proses pemantapan akidah ini dilakukan hampir lebih kurang 13 tahun. Ini adalah kerana, Akidah merupakan sesuatu yang teramat penting untuk membentuk Fikrah umat Islam pada masa itu yang sudah hidup dengan pelbagai kemungkaran sebelum kedatangan Rasulullah SAW.


Berbalik kepada tajuk yang ingin diulas pada penulisan kali ini adalah untuk menerangkan berkenaan pengertian akidah. Akidah mengikut pengertian bahasa Melayu bermaksud Ikatan yang mengikat sesuatu yang lain. Manakala, perkataan Aqada dalam bahasa Arab pula bermaksud mengikat. Maka kesimpulannya, pengertian Akidah yang boleh disimpulkan di sini ialah merupakan suatu ikatan atau keyakinan yang mengikat diri, pemikiran dan hati seseorang dengan satu keyakinan serta dengan itu, kehidupan menjadi kehidupan yang terarah dan terpimpin. Oleh hal yang sedemikian itu, rukun-rukun keyakinan yang ditentukan oleh Islam dipanggil Aqidah kerana ia telah mengikat seseorang Muslim itu untuk hidup berasaskan kepada dasar-dasar keyakinan, yang juga disebut sebagai Iman, iaitu KEPERCAYAAN .


Orang yang beriman adalah orang yang bersikap jujur terhadap dirinya kerana telah meletakkan dirinya pada tempat yang betul dan tidak mengkhianati dirinya. Maka dengan itu, apabila digabungkan Aqidah + Iman maka terbitlah sesuatu yang baru yang dinamakan Al-Yaqin.


Secara tuntasnya, Akidah Islamiyyah bererti, satu keimanan dan keyakinan yang didasarkan pada rukun-rukun yang kukuh yang juga disebut 'Arkanul Iman'->rukun-rukun yang tidak terikat dengan benda, masa, bangsa mahupun tempat.

No comments:

Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz

Listen to Quran

CIRI WANITA SOLEHAH

“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”

Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.

“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”

Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.

“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”

Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.

“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”