Friday, June 18, 2010
Sisipan IBU peringatan BuatKu
1. Remaja yang rasa selesa dan seronok berada di dalam lubuk maksiat dan mereka rasa mereka telah membuat pilihan hidup yang betul. Golongan ini amat membenci sebarang teguran dan nasihat. Menurut Said Ramadhan al-Butiy mereka ini telah menempah masa hadapan yang celaka. Nauzubillah, minta Allah jauhkan anak cucu atau generasi pewaris kita termasuk di dalam golongan ini.
"Ya Allah ampunila dosa-dosa mereka, dan berilah mereka hati yang baru agar mereka dapat merasai bertapa nikmatnya menghayati kehidupan Islam"
2. Remaja yang tahu dirinya sedang berada di dalam lubuk maksiat dan majoritinya terkapai-kapai minta dipimpin dan sentiasa menunggu dirinya dipimpin. Mereka sentiasa menunggu seseorang menghulurkan tangan untuk menyelamatkannya keluar dari lubuk maksiat tersebut. Pada pandangan ibu, kategori remaja seperti ini memang ramai sampai hari ini.... "Ya Allah , dengan rahmat dan kasih sayang-Mu yang melimpah-limpah, berilah mereka petunjuk dan hidayah-Mu, Kasihanilah mereka sesungguhnya mereka tidak tahu jalan-jalan menuju hidayah-Mu"
3. Remaja yang soleh/ solehah dan sentiasa mencari-cari ilmu dan kemahiran untuk perbaiki lagi kualiti ubudiyahnya kepada Allah SWT. Sayang sekali golongan remaja ini amat sedikit. Merekalah yang amat diharapkan untuk menyelamatkan golongan pertama dan kedua. Ibu doakan agar generasi pewaris kita sentiasa termasuk di dalam kelompok ketiga ini tetapi merupakan kelas pertama di sisi Allah SWT. InsyaAllah.
Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz
My Prophet S.A.W
CIRI WANITA SOLEHAH
“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”
Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.
“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”
Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.
“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”
Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.
“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”

No comments:
Post a Comment