Cerpen
‘Fokus pada mesej dan jalan cerita’
ISTIQAMAH
Aku seorang insan yang hidup dalam kejahilan dan buta akan erti tarbiyah pada awalnya. Aku melusuri tahun demi tahun dala kehidupan dengan penuh pengharapan. Apa yang aku harapkan? Hidup ku ini sekejap berada di atas, seketika pula berada di bawah. Aku bagai mengolah hari demi hari, ingin membuat satu revolusi dalam diri. Aku menyelongkah kisah silam, mencari apa sebenarnya yang aku lakukan sehingga anjakan dalam diri menjadi persepsi.
Aku berumur sekitar belasan tahun, mencari dan terus mmendalami ilmu untuk menerobos tembok kehidupan maya. Menilai segala perjalaanan hidup agar ia tidak membawa kerugian dalam diri dan orang lain. Aku berasa keluh dan kesah, memikirkan apa yang akan berlaku dewasa kini juga kepentingannya pada masa hadapan. Diriku sungguh berharga, menjadi inspirasi ummat globalisasi daripada gerak geri hidup.
Aku merenung sejenak memikirkan perkara yang timbul dalam benak fikiranku. Apa yang harus aku harapkan? Aku mendapat jawapan bahawa pertama dan selamanya, harapanku hanyalah untuk mencapai mardhatillah, iaitu keredhaan Allah yang merupakan keredhaan dari Pencipta sekalian alam.
Melihat pada keseuruhan hidup, apa yang menyebabkan aku ingin menggapai redhaNya? Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan keadaan atau persekitaran adalah satu jalan yang penting untuk kita melakukann sesuatu untukNya. Aku berfikir bahawa, perjalanan menggapai redhaNya adalah satu jalan yang sukar dan memerlukan pengorbanan. Kerana ayat Al-Quran ada menyebut, “Tidak beriman seseorang itu jika tidak ditimpakan baginya ujian”.
Apakah hubung kait antara iman dan keredhaan? Apabila beriman seseorang itu, maka keredhaan Allah s.w.t akan bersama-sama keimanan seseorang itu. Aku menilai diriku, adakah aku telah diuji oleh Allah? Persoalan demi persoalan timbul dalam kotak fikiranku. Aku terpaku senyap seolah-olah fikiranku buntu. Yang menjadi masalahnya, bukan ujian yang kita hadapi tetapi adakah kita sabar dan redha menghadapi ujian tersebut.
Aku menghampiri ummi, bertanyakan sesuatu. “Ummi, bagaimanakah kita hendak menjadi hamba yang sabar dan redha akan dugaanNya?” Ummiku menjawab, “Allah tidak akan menguji hambaNya, jika dugaan tersebut tidak dapat ditanggung oleh dirinya. Jadi setiap ujian ada penyelesaian. Kerana Allah tidak akan turunkan penyakit tanpa ubatnya.” Ummi menjawab dengan seulas senyuman di bibir. Di sini, ummi hendak mengatakan bahawa, seseorang itu perlulah melihat kepada keadaan dirinya sendiri, adakan dia mampu untuk bersabar dan REDHA. Nasihat ummi, “Dekatilah Allah, dekatilah alim ulamak dan dampingilah ilmu kerana penyelesaian masalah tersebut ada padanya. Dan ingatlah wahai anakku, jika kamu tidak mampu sampai tahap redha, cukup hanya sekadar bersabar.
Aku amat meneliti kata-kata ummi, membuatku berasa bagai tersisih dari redhaNya. Aku berusaha dan terus berusaha untuk mendekatiNya dan ingin selalu berada dalam pelukan rahmat dan redhaNya. Apa yang aku perlukan untuk semua ini? Aku termenung, namun tenunganku seketika disapa oleh Ummi. Ummi berpesan, “Wahai anakku, setiap yang berlaku perlukan pengorbanan dan pengorbanan untuk setiap permasalahan yang berlaku adalah ‘ISTIQAMAH’ .
Aku tersipu-sipu, terkejut melihat ummi sebegitu. Hatiku mula berkata-kata. ‘Istiqamah? Apakah itu istiqamah?’ Aku pura-pura tidak mengetahui apa yang dikhabarkan Ummi. Namun hakikatnya aku belum mengerti. Jalan hidupku penuh dengan ranjau dan duri sehinggakan aku tidak mahu untuk bersungguh-sungguh mencarinya.
Aku berjalan di sekitar halaman rumah, memikirkan apa yang dimaksudkan oleh Ummi. Aku hanya ingin menenangkan diriku di situ kerana terganggu oleh soalan yang sebegitu. Aku duduk berseorangan di sebuah bangku kayu yang dihasilkan sendiri oleh ayah terletak di halaman rumah. Bibirku basah bertasbih mengingatiNya. Melihat ciptaanNya yang penuh dengan kenikmatan. Aku tidak mahu menjadi hamba yang diberi banyak kenikmatan, namun tidak banyak bersyukur.
Apa yang ku harapkan sekarang adalah aku dapat mengetahui maksud sebenar ISTIQOMAH dan dapat aku amalkan dalam kehidupan.Dalam kehidupan dewasa kini,banyak yang member manfaat dan kelebihannya adalah dia atas konsistennya kita dalam sesuatu perkara.Ini yang dinamakan istiqomah,berterusan dalam segala urusan kebaikan dan ibadah.Dalam masa yang sama,kita mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhi segala tegahan DariNya.
Setiap masalah pasti ada penyelesaianya dan setiap penyakit pasti ada ubatnya kerana,Allah tidak akan menurunkan sesuatu penyakit atau masalah kecuali menurunkan juga ubat atau penyelasaianya.Jangan kamu megatakan bahawa kamu mengikut sahaja apa yang dikatakan orang lain,tapi jadikan satu perkara itu mengikut kehendak dan kesukaan pada diri.Lebih bermakna lagi ialah,jadilah diri kamu sendiri.Ubah diri kamu dan ubahlah orang lain jika kamu mampu.Moga segala amalan kamu diberkati dan diterima Allah s.w.t.

No comments:
Post a Comment