Monday, May 31, 2010

proses tarbiyah islam

DEFINISI TARBIYAH,tarbiyah adalah satu proses yang terbaik untuk berurusan dengan fitrah bagi berinteraksi menguruskan fitrah,peringkat demi peringkat.

Tarbiyah adalah satu proses dimana ia memerlukan satu bahan yang juga dikenali dengan manusia itu sendiri.Bahan tersebut terbahagi kepada dua iaitu MURABBI dan MUTARABBI.Setelah kedua-dua bahan itu ada,ini memerlukan aktiviti bagi menjalankan proses tersebut.Aktiviti pertama ialah mengenali siapa itu MURABBI dan MUTARABBI.MUTARABBI memerlukan penyerahan hati seikhlasnya untuk menerima apa yang hendak disampaikan oleh MURABBI.Kerana ilmu yang disampaikan tanpa penyerahan hati yang ikhlas tidak akan sampai sama sekali apatah lagi menyerap dalam hati.Kesatuan hati antara MURABBI dan MUTARABBI.Yang dimaksudkan dengan kesatuan hati antara dua elemen tersebut adalah boleh memberi dan menerima.Murabbi dapat memberi dengan baik,dan mutarabbi juga dapat terima dengan baik.Mutarabbi yang mempunyai kesatuan hati antara murabbinya akan memahami dan dapat menjadikan ilmu yang diterima sebagai amalan.Memahami apa yang hendak disampaikan oleh Murabbi adalah aktiviti seterusnya dalam proses ini.Apabila kita memahami ilmu yang hendak disampaikan,itu adalah satu kepuasan dalam pembelajaran.Dalam aktiviti ini mutarabbi perlu mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan,setelah itu mutarabbi perlukan satu proses pembelajaran iaitu bertanya apa yang tidak difahami.Mengamalkan ilmu yang telah dipelajari adalah puncak dalam aktiviti ini kerana ilmu yang diamalkan setelah dipelajari adalah satu usaha untuk lagi mendalami ilmu tersebut.Proses tarbiyah ini memerlukan satu keperluan yang dapat mempengaruhi proses tersebut untuk terus berjalan.Pertama ialah MURABBI MITHALI,iaitu pendidik yang boleh dijadikan ikutan.Kedua ialah BI'AH SOLEHAH,iaitu persekitaran yang baik.Ketiga ialah MANHAJ RABBANI,iaitu sistem pembelajaran dan persekitaran yang lebih menghubungkan diri kita dengan Allah.Dalam proses ini,MURABBI memerlukan dua cabang untuk menyampaikan ilmu kepada MUTARABBI iaitu,AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.Satu faktor dan sebab berlakunya proses tarbiyah ini adalah bagi membentuk tiga cabang dalam hati manusia iaitu IMAN,IBADAH dan AKHLAK.Konklusinya Qudwah daripada MURABBI lebih meningkatkan proses tarbiyah kerana apa yang dilakukan oleh Murabbi akan dilihat oleh Mutarabbi untuk sama melakukannya.

No comments:

Al Quran (Baca,Dengar,Faham,Hafaz

Listen to Quran

CIRI WANITA SOLEHAH

“ Dan pakaian taqwa itulah yang terbaik”

Wanita yang meletakkan perkara ini di dalam kehidupannya, melapisi diri dengan pakaian langit ini, maka itulah wanta solehah. Lenggok jalannya berlainan, senyum tawanya istimewa, lancer katanya menawan, melihat wajahnya sahaja menggembirakan. Inilah wanita yang terbaik berjalan di atas muka bumi.

“Sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Rasulullah, Maryam binti Imran dan Asiyah isteri Firaun”

Maka petunjuk telah diturunkan. Siapakah wanita di dunia ini yang ingin mencontohi keperibadian Khadijah, perjuangan Fatimah, ketabahan Maryam dan kesabaran Asiyah. Wanita solehah hakikatnya amat mengagumkan. Kecintaannya, ketaatannya, kebaikannya, keluhurannya amat menyenangkan hati. Siapakah yang akan mengikuti jejak Khansa? Siapa pula yang akan meneladani si mujahidah Khaulah? Siapa pula hendak membuntuti teladan seorang wanita ansar yang menyatakan kepada Rasulullah kata-kata yang mengharukan sebaik sahaja Rasulullah tiba di Madinah selepas pertarungan yang dasyat di Uhud.

“ Ya Rasulullah, segala kesusahan dan kepayahan itu hilang sebaik sahaja melihat wajahmu”

Sedangkan sebelumnya dia dimaklumkan bahawa Ayahnya, suaminya, pakciknya, abangnya, anaknya telah gugur syahid di dalam medan Uhud yang menggemparkan. Dia tetap teguh dengan keyakinan bahawa bahagia itu hanya terletak pada ALLAH dan Rasulullah. Wanita solehah sememangnya idaman semua lelaki yang mencintai ALLAH dan hidup untuk mendapat redhaNya.

“ Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, hartanya, baik keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilih dan kahwinilah yang elok agamanya”